Tuesday, December 23, 2008

Alangkah Banyaknya Nikmat Allah Pada Dirimu

Setiap pagi anda menikmati suasana pagi, ingatlah bahawa suasana pagi yang sama juga telah meliputi beribu-ribu ornag yang sedang berdepan dengan masalah dan kesusahan, tetapi anda mendapat nikmat; meliputi beribu-ribu orang lapar tetapi anda dalam keadaan yang kenyang: meliputi beribu-ribu orang terpenjara sedangkan anda merdeka dan bebas; meliputi beribu-ribu orang yang ditimpa musibah dan kematian, sementara anda masih mampu hidup selesa.
Alangkah banyaknya air mata yang membasahi pipi seorang wanita, alangkah banyaknya derita di hati seorang ibu, dan berapa kuat jeritan di kerongkong si kecil, sementara kamu masih dapat ketawa gembira.
Oleh itu, pujilah Allah atas kelembutan penjagaan, dan kemuliaan yang diberikan oleh-Nya Duduklah anda dengan mengintrospeksi perilaku diri. Gunakanlah angka-angka dan hitungan, alangkah banyaknya harta yang anda miliki, kenikmatan, kemudahan, kecantikan, dan lain-lain. Kerana itu bersyukurlah anda dan berbuat baiklah kepada sesama.

Friday, December 19, 2008

Ucapkanlah LAILAHAILLALLAH

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

theonlyone

aku adalah aku